Wednesday, 10 June 2020

PKP - COVID 19 : Payday Time

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akibat dari Penularan Pendemik Covid 19 - Segalanya semua berubah.. ya berubah 100% , terma kehidupan berpusing 90 darjah...

Kini biasakan diri dengan norma baharu kehidupan... melalui SOP yang kadang mengjengkelkan namun perlu patuhi demi keselamatan diri, sekeliling dan segalanya...

Kami juga sebagai seorang warga Malaysia melalui semua dengan redha.. kekalkan jarak sosial, memakai mask dan tidak berkumpul dikawasan ramai...

contoh time Payday (Gaji Pekerja)





semoga kita akan terhindar dari segala keburukan yang akan tiba.. kita perlu sama2 mematuhi setiap sop yang telah ditetapkan... jangan kita menurut rasa stress.. ingat !!!! kalau keluarga kita yang alami.. bagaimana perasaan kita.. Menyesal tak berguna... 

#kitajagakita
#kekalkandengansop

Tuesday, 18 February 2020

Internal Audit MSPO

Assalamualaikum.... hai semua

alhamdulillah diberi lagi kesempatan tuk bersama team paskal tuk menghadapi lawatan Internal Audit MSPO pada hari nie...

Hari ini tema kami di kunjungi oleh Team Audit yang di ketua oleh Tuan Hj. Mohamad Sunu (Manager CPLM<---berbaju peach) dan di bantu oleh Tuan Darrly dan pembantu mereka 3 orang...

lawatan audit ini dilakukan setiap tahun bertujuan untuk melihat segala pembaikpulih kesilapan yang telah ditegur pada tahun lalu..


audit kali ini lebuh kepada dokumentasi dan bahagian lapangan seperti kawasan perumahan, kawasan janakuasa elektrik (genset), bahagian store dan bahagian pejabat.

team bergambar kenangan
dari hadapan dari kiri (cik Maya , en Edzhar, en Darrly, En Basri dan pn. Munika (aao))
bahagian tengah dari kiri (budak praktikal, Dian, Muliati, Lily, Cik Imah, Ally dan budak prkatikal)
bahagian Belakang dari kiri (Darius, Piramle, Japar, safarullah, Elvien dan nazri)

Closing Time

Pemeriksaan Lapangan Tapak Perlupusan Sampah

Lapangan - kawasan perumahan Stumping

Pemeriksaan Genset Stumping

Team Lapangan Di ketua oleh En. Edzhar
alhamdulillah... semua selesai dengan baik.. terima kasih dengan teguran.. segala teguran akan dibaik pulih tuk menjadikan estate Selangan batu antara yang terbaik dari segala segi #bukanriak #impiansahaja

XOXO
Cik Imah

Monday, 17 February 2020

Perkenalan Ladang SBU

Assalamualaikum... haiiii semua

Salam perkenalan tuk semua blogger, ok nak gtau.. blog yang ni adalah blog milik cik imah juga seperti mana blog Sempoiii bah 

blog yang ini akan memaparkan kisah berkaitan dengan tempat kerja dan aktiviti geng kerja cik imah.. saja suka-suka selain memberi kenangan kepada yang akan datang..


kita intro kejap pasal tempat kerja cik imah yer. ok cik imah kerja di salah sebuah syarikat GLC di bawah iaitu Benta Wawasan Sdn Bhd  

syarikat ini merupakan syarikat yang berkaitan dengan Kelapa sawit.. so kalau da sebut kelapa sawit.. semestinya ada ladang kan.... dan cik imah berkerja sebagai kerani account di salah sebuah ladang berkenaan yang di kenali sebagai Ladang Selangan Batu ( sebut baik2 tau, jangan sebut lain eja lain.. sebab kebanyakan sebut Serangan batu )


biasalah kalau da tinggal dikawasan ladang, mesti orang akan pikir tak ada kemudahan ler... salah sama sekali... ladang kami juga ada perumahan, perhubungan HP dan internet..


kerjasama Bekerja dalam satu pasukan sangat dititikberatkan apa lagi kerja di kawasan ladang.. so kami wujudkan team Paskal tuk bergerak bersama melawan staff yang kadang keras kepala... opssss

ok2 nanti kita sambung lagi yer....

XOXO
Cik Imah